Tiga projek perumahan yang direka khas diyakini dapat memenuhi gaya hidup pelbagai peringkat di Bandar Universiti Seri Iskandar.

SERI ISKANDAR – Tiga projek perumahan yang direka khas diyakini dapat memenuhi gaya hidup pelbagai peringkat di Bandar Universiti Seri Iskandar.

Bandar berkenaan merupakan sebuah perbandaran terancang moden, teratur dan pantas membangun di menempatkan pelbagai kemudahan.

Terletak pada kedudukan strategik antara tiga lokasi utama iaitu Ipoh, Perak Tengah dan Manjung, Seri Iskandar juga dekat untuk akses ke Lebuhraya Pantai Barat (WCE).

Dengan kehadiran dua universiti utama, Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM), bandar ini amat sibuk dengan aktiviti akademik dan ekonomi.

Tambahan pula, sebuah hospital kerajaan yang baru hampir siap dan sebuah hypermarket Mydin dijangka dibuka nanti.

Pembangunan yang berkembang ini menjadikannya tempat yang ideal untuk melabur dalam bidang hartanah.

Eksekutif Jualan, Fariha Nabilah Ismail berkata, sama ada pembeli rumah kali pertama atau pelabur, hartanah baharu ini menawarkan kelebihan pada harga, rekabentuk dan juga kualiti.

Menurutnya, tiga jenis kediaman bertanah (landed) ditawarkan kepada pembeli pada harga antara RM209,800 hingga RM298,395.

“Kediaman pertama iaitu Suria merupakan rumah teres 1 tingkat bermula dari RM209,800 dengan empat bilik tidur dan dua bilik air.

“Ia sempurna untuk sebuah keluarga baharu dan pemilik rumah kali pertama. Ia menyediakan ruang dalaman yang selesa dan praktikal pada harga yang sangat berpatutan.

“Kediaman Santolina juga teres setingkat tiga bilik tidur dan dua  bilik air bermula pada harga RM213,750. Ia menawarkan konsep yang cantik, projek ini mempunyai rumah teres satu tingkat yang dikemaskini yang memberikan ruang tambahan dan hasil yang sempurna,” ujarnya dalam kenyataan baru-baru ini.

Kediaman seterusnya ialah Azalea iaitu teres 1.5 tingkat dari RM298,395 dengan empat bilik dan dua bilik air.

Jelas Nabilah, bagi mereka yang menginginkan lebih banyak ruang dan sudut, rumah teres 1.5 tingkat ini adalah pilihan yang sangat baik.

“Kediaman ini menyediakan kawasan yang selesa dengan unsur-unsur reka bentuk inovatif, menggabungkan pelbagai fungsi dan keanggunan.

“Ia sesuai untuk sebuah keluarga atau pelabur untuk mendapatkan kadar sewaan yang lebih tinggi samada dijadikan homestay atau disewakan,” katanya. – MalaysiaGazette