Sekurang-kurangnya emapt maut dalam insiden sebuah bas persiaran membawa yang membawa 39 penumpang dengan sebuah treler di Jalan Kuantan - Segamat dalam kejadian 1.30 pagi Ahad

KUANTAN – Sehingga kini, seramai 12 mangsa dalam insiden bas persiaran merempuh treler masih menerima rawatan di beberapa buah hospital negeri dan swasta.

Ketua Polis Rompin Deputi Superintendan Nor Azman Yusof berkata, mangsa terdiri daripada lapan orang guru, dua kerani dan masing-masing seorang suri rumah dan pelajar.

”Seramai lima mangsa masih menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Hospital Segamat ada dua mangsa dan tiga mangsa lagi menerima rawatan di hospital swasta.

“Masing-masing lagi seorang mangsa lagi di Hospital Melaka  dan Hospital Muadzam Shah,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Artikel berkaitan:Mangsa ketiga nahas bas meninggal dunia

Ustazah Dahlia mangsa keempat nahas bas meninggal dunia

Ayah pencen 7 Julai ini, dia berat hati mahu ikut rombongan – Anak

Dalam nahas 1.30 pagi semalam empat terkorban dalam kemalangan membawa 39 penumpang dalam sebuah bas persiaran yang dilaporkan merempuh treler di Kilometer 126 Jalan Kuantan-Segamat dekat simpang tiga menghala ke Bahau sebelum terbalik.

Difahamkan bas tersebut membawa 21 guru Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram dalam perjalanan dari Melaka bersama anak mereka ke Terengganu untuk menghadiri program penanda aras.

Dalam tragedi itu polis mengesahkan Dahlia Ahmad,52, seorang guru agama sebagai mangsa keempat yang meninggal dunia pada jam 9.07 malam tadi ketika menerima rawatan selepas melakukan pembedahan di Unit Rawatan Rapi HTAA.

Terdahulu mangsa ketiga pula merupakan penumpang dalam bas berkenaan dikenali sebagai Hamzah Ahmad,60, yang bertugas sebagai Pembantu Operasi SK Jeram

Manakala seorang lagi guru wanita Hasnatul Adilah Hassan, 48 meninggal dunia di lokasi kejadian.

Selain itu pemandu kedua bas juga disahkan maut ialah Mohd Adi Hasan, 29, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Muadzam Shah. – MalaysiaGazette

Dua maut, 37 cedera insiden bas bertembung treler