Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut, Adam Radlan hadir ke mahkamah atas didakwa berhubung Projek Inisiatif Jana Wibawa dan rasuah RM2 juta di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 23 MAC 2023.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini hari ini menangguhkan perbicaraan rasuah dan pengubahan wang haram Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad.

Sepatutnya perbicaraan bermula pertengahan bulan ini namun hari ini, Hakim Mahkamah Sesyen, Suzana Hussin menangguhkan tarikh perbicaraan sehingga 9 Julai ini.

Ini selepas peguam Adam, Datuk Seri Rajan Navaratnam memohon bagi penangguhan selepas pihaknya menerima satu dokumen baharu berkaitan kes itu dan memerlukan masa meneliti dokumen terbabit daripada pendakwaan.

“Kita perlu masa untuk teliti dokumen kemudian ambil arahan daripada anak guam saya,” katanya hari ini.

Adam sedang didakwa atas pertuduhan meminta suapan wang tunai 3.5 hingga tujuh peratus daripada nilai projek yang akan diperoleh, daripada Mat Jusoh Mamat yang merupakan Pengarah Urusan syarikat MIE Infrastructure & Energy Sdn. Bhd.

Selain itu, dia juga didakwa menerima rasuah RM500,000 lagi kerana membantu syarikat itu mendapatkan surat sama bagi Projek Membina Jalan Sungai Adam ke Kampung Banat, Perlis daripada kerajaan secara rundingan terus yang bernilai RM47.8 juta. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast