Ismail Sabri (berdiri empat dari kanan) mengaminkan bacaan doa sebelum berangkat ke tanah suci Mekah. Gambar: Facebook Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berangkat ke Tanah Suci Mekah bersama isteri serta rombongan untuk menunaikan ibadah haji semalam.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau memohon  kemaafan daripada orang ramai jika ada tersilap kata dan perbuatan sepanjang khidmatnya kepada rakyat Malaysia khususnya di kawasan Parlimen Bera.

“Mohon doakan perjalanan ibadah haji kami lancar dan diberi kesihatan yang baik sepanjang berada di Tanah Suci.

“Terima kasih buat ahli keluarga dan sahabat yang hadir di KLIA pagi semalam dan juga doa-doa yang turut mengiringi perjalanan kami,” katanya. – MalaysiaGazette