Lukanisman Awang Sauni

KUANTAN – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melakukan siasatan terhadap insiden kematian remaja dan kanak-kanak yang meninggal dunia semalam kerana disyaki keracunan akibat memakan makanan yang dibawa balik selepas menyertai program di sebuah sekolah di Gombak, Selangor, pada Sabtu.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, Bahagian Kesihatan Awam akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kes itu.

“Pihak ibu pejabat akan keluarkan kenyataan itu. Perkara tersebut masih dalam semakan dan siasatan,” katanya selepas melakukan lawatan ke Pejabat Kesihatan Daerah Pekan, Pekan, dekat sini, hari ini.

Semalam seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dan seorang kanak-kanak perempuan berumur dua tahun meninggal dunia kerana disyaki keracunan makanan akibat memakan makanan yang dibawa balik daripada program di sebuah sekolah di Gombak.

Mangsa dilaporkan mengalami cirit-birit selepas makan makanan tersebut.

Mangsa kedua adalah anak kepada seorang pengawal keselamatan yang betugas di sekolah rendah agama di Sungai Cincin yang menganjurkan Program Amal Islami pada hari kejadian. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN :

Remaja, kanak-kanak maut selepas makan makanan dari sebuah sekolah