Roslan Abdullah

SUBANG JAYA – Pengeluar kereta nasional, Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) merancang untuk melancarkan lima model kenderaan elektrik (EV) menggunakan platform Global Modular Architecture (GMA) di bawah jenama EV yang baru dilancarkan, Proton e.MAS.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn Bhd, Roslan Abdullah berkata, model EV pertama di bawah jenama baharu itu dijangka dilancarkan menjelang tahun 2025.

“Proton belum memutuskan garis masa (menetapkan tarikh) tetapi model pertama akan dilancarkan tidak lama lagi, ia mungkin awal 2025 atau lebih awal.

“Kami mahu memastikan penerimaan Proton EV di pasaran… dari segi volum dan model, kami akan memutuskan (untuk melancarkan lebih banyak EV) berdasarkan permintaan dan penerimaan orang ramai terhadap Proton EV,” kata Roslan.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melancarkan nama dan logo jenama EV baharu Proton, e.MAS di Pusat Kecemerlangan Proton di sini hari ini. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast