Anggota bomba mengusung mangsa bas yang cedera.

KUALA LUMPUR – Tujuh mangsa termasuk pemandu bas ekspres cedera selepas kenderaan itu terbabas lalu melanggar pembahagi jalan selepas Plaza Tol Jalan Duta menghala ke Kuala Lumpur.

Komander Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur, Mohammad Yusri Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.17 pagi.

Keadaan bas ekspres yang melanggar pembahagi jalan selepas Plaza Tol Jalan Duta menghala Kuala Lumpur.

Semua mangsa yang berada di dalam bas telah berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba dengan selamat.

“Kesemua mangsa hanya mengalami kecederaan ringan dan diserahkan pada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk tindakan selanjutnya,” katanya. – MalaysiaGazette