PETALING JAYA – Tempoh reman bagi ibu bapa kanak-kanak autisme yang mati dibunuh, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin akan tamat hari ini.
Ia susulan tempoh reman kedua-dua pasangan itu sejak 1 Jun lalu berakhir selepas ditahan bagi membantu siasatan kematian anak mereka pada Disember tahun lalu.
Pada mulanya, mahkamah mengeluarkan perintah reman selama tujuh hari terhadap mereka namun tempohnya disambung lagi sehingga maksimum selama 14 hari.
Sementara itu, pengamal media yang ingin mendapatkan perkembangan terkini hari ini sudah berada di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya seawal pukul 7 pagi.
Setakat ini, situasi di mahkamah kelihatan tenang dengan kelihatan anggota polis mulai tiba dan mula membuat kawalan di kawasan mahkamah.
Semalam, polis membawa ibu Zayn Rayyan ke mahkamah di sini untuk merekodkan keterangannya selaras dengan Seksyen 26(1) Akta Keterangan 1950.
Prosiding berlangsung secara tertutup. Bagaimanapun tiada pengakuan dibuat oleh wanita itu.
Semalam juga dilaporkan, polis menahan datuk dan nenek mangsatersebut bagi membantu siasatan pembunuhan membabitkan cucu mereka.
Difahamkan mereka ditahan anggota D9 Ibu Pejabat Polis Selangor. – MalaysiaGazette