Awang Adek Hussin

KUALA LUMPUR – Bank Simpanan Nasional (BSN) hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Seri Dr Awang Adek Hussin sebagai pengerusi baharunya, berkuat kuasa pada 1 Julai 2024.

Awang Adek adalah seorang yang berpengalaman luas dalam industri kewangan, perkhidmatan diplomatik, serta perkhidmatan awam.

Sebelum pelantikannya di BSN, beliau merupakan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan beliau masih merupakan Pengerusi, Lembaga Gabenor, Universiti Sains Malaysia (USM).

Pengetahuan serta pengalaman luas Awang Adek dalam sektor kewangan akan membantu BSN untuk memenuhi misi bagi mencapai mandat dan visi strategik Bank. BSN mengalu-alukan kepimpinannya untuk memacu bank ke arah kecemerlangan dan inovasi. – MalaysiaGazette