Barisan pesawat Boeing 737 di kilang pembuat poesawat itu di Renton, Washington, Amerika Syarikat. Foto: Getty Images via AFP.

NEW YORK – Pengawal selia penerbangan Amerika Syarikat (AS) menyiasat samada terdapat risiko keselamatan selepas terdapat bahan titanium palsu pada pesawat komersial, kata para pegawai.

Penghantaran pesawat kepada syarikat-syarikat penerbangan oleh Airbus dan Boeing melibatkan titanium yang mana punca asalnya dari sebuah syarikat China dengan kakitangannya memalsukan perincian sijil, menurut laporan New York Times.

Para pegawai industri berkata, berdasarkan ujian titanium yang dilakukan, mereka tidak percaya bahawa isu tersebut menyebabkan pesawat yang beroperasi memberi risiko keselamatan pada kadar segera.

Isu tersebut timbul ketika pemeriksaan industri aero angkasa dipertingkatkan berikutan isu pembuatan dan keselamatan pada pesawat Boeing baru-baru ini.

“Boeing melaporkan pendedahan secara sekarela kepada FAA berhubung memerolehan material menerusi satu pengedar yang mungkin memalsukan atau menyediakan rekod yang tidak betul,” kata jurucakap Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA).

FAA sedang menyiasat skop dan impak isu tersebut menerusi proses Operasi Keselamatan Berterusan.

The Times berkata, titanium yang dipersoalkan itu berada pada pesawat Boeing, B737 dan 787 selain pesawat Airbus, A220.

Pesawat tersebut dibina antara 2019 hingga 2023, kata The Times sambil menambah adalah tidak jelas bilangan pesawat yang terkesan dan siapa pemiliknya.

Spirit AeroSystems, syarikat yang membina badan pesawat dan bahagian penting pesawat untuk Airbus dan Boeing percaya isu tersebut adalah dari kumpulan tunggal titanium yang memasuki rantaian pembekalan menerusi pembekal yang diluluskan, kata jurucakap Sprit, Joe Buccino.

Ujian yang dilakukan Spirit menunjukkan titanium yang digunakan pada pesawat adalah pada skala yang betul.

Bagaimanapun, isunya ialah dokumentasi, kata Buccino.

“Dokumentasi itu adalah palsu. Titanium yang digunakan adalah baik,” kata Buccino kepada AFP.

“Isunya ialah kita tidak dapat menjejaki punca sumbernya. Kami memutuskan tiada isu risiko keselamatan.

Sprit menerima titanium daripada sub kontraktor dalam bentuk sebahagian dan bukannya dalam bentuk bahan mentah, kata Buccino.

Boeing berkata, ia akan menanggalkan titanium pada pesawat yang belum dihantar kepada pelanggan berikutan isu tersebut. Pesawat yang sedang beroperasi ‘boleh terus terbang dengan selamat,” kata syarikat itu.

“Isu industri yang meluas ini memberi kesan kepada penghantaran titanium yang diterima oleh pembekal yang terhad, dan ujian yang dilakukan sehingga hari ini menunjukkan aloi titanium yang digunakan adalah betul,” kata Boeing.

Airbus tidak mengulas terhadap petanyaan daripada AFP. Airbus memberitahu The Times bahawa ujian menunjukkan ‘pesawat A220 kekal boleh beroperasi’.

Boeing mendapat tumpuan berikutan insiden panel pada badan pesawat Alaska Airlines tertanggal ketika dalam penerbangan pada Januari lalu.

Ketua pegawai Eksekutifnya, Dave Calhoun akan menghadir penal Senat berhubung siasatan masalah keselamatan pada minggu depan.

Sementara itu, semalam Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaa (NTSB) berkata, ia membuka sisatan terhadap insiden pasawat B737 MAX milik Southwest Airlines yang mengalami pergerakan berayun-ayun dikenali ‘Dutch Roll’ ketika dalam penerbangan dari Phoenix ke Oakland

Tiada kecederaan dilaporkan pada penerbangan 25 Mei lalu itu namun syarikat penerbangan tersebut melaporkan kerosakan kepada komponen struktur, menurut NTSB dalam hantaran di platform X. – AFP

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast