Lokasi surau satu mayat lelaki yang belum dikenal pasti identitinya ditemukan di ruang solat Surau Nur Osmani, Pekan Kuala Sungai Baru, Alor Gajah, pagi tadi.

ALOR GAJAH – Polis tidak menemui sebarang unsur jenayah pada mayat seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di ruang solat Surau Nur Osmani, Pekan Kuala Sungai Baru, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supritendan Ashari Abu Samah berkata, pemeriksaan pada mayat lelaki berusia awal 40-an itu yang ditemukan seorang pekerja pasar pukul 11 pagi tadi mendapati tiada sebarang kesan kecederaaan.

“Hasil keputusan bedah siasat mendapati, punca kematian adalah akibat serangan jantung sejak tiga atau lima hari lalu.

“Mayat bagaimanapun hanya ditemukan pagi tadi kerana surau kecil di belakang pasar Pekan Kuala Sungai Baru itu jarang digunakan masyarakat setempat,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Superintendan Ashari Abu Samah

Mengulas lanjut beliau berkata, siasatan lanjut mendapati si mati tidak mempunyai kerja tetap dan hanya membantu peniaga di pasar berkenaan.

“Menurut saksi, dia ada ternampak si mati tertiarap di sudut belakang surau namun mengesyakinya tertidur.

“Lelaki itu bagaimanapun ditemui mati oleh pekerja di pasar berkenaan berdasarkan bau dan keadaan mencurigakan kerana tidak bergerak sejak beberapa hari lalu,” katanya.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – MalaysiaGazette

 

Mayat lelaki ditemukan dalam surau pasar

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast