ALOR GAJAH – Satu mayat lelaki yang belum dikenal pasti identitinya ditemukan di ruang solat Surau Nur Osmani, Pekan Kuala Sungai Baru, di sini pagi tadi.
Menurut sumber, mayat dijumpai di ruang solat surau oleh seorang pekerja pembersihan kira-kira pukul 8.30 pagi ketika mahu membersihkan surau terletak di belakang pasar basah pekan terbabit.
Difahamkan, mayat lelaki berusia lingkungan 40-an lengkap berpakaian itu sudah meninggal dunia sejak beberapa hari lalu berdasarkan keadaan mayat yang sudah berbau.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supritendan Ashari Abu Samah ketika dihubungi MalaysiaGazette berkata, setakat ini pasukan forensik sedang menjalankan siasatan bagi mengetahui punca kejadian. – MalaysiaGazette