Petugas sukarelawan mengendalikan kambing yang akan dikorbankan bersempena Program Qurban Perdana anjuran Al Khairi Qurban dan Aqiqah bersama Al Madinah International University dan Sekolah Kiblah di Bangi. Foto SADIQ SANI, 17 JUN 2024

SEPANG – Seramai 40 warga Al-Madinah International University (MEDIU) merakam memori indah apabila berpeluang melakukan sendiri ibadah korban sempena Program Perdana Qurban di Sekolah Kiblah, hari ini.

Daripada jumlah itu, separuh yang hadir merupakan pensyarah antarabangsa dan pelajar luar negara yang belajar di kampus utamanya di Desa Petaling, Kuala Lumpur.

Ketua Bahagian Aktiviti Pelajar MEDIU, Siti Nurbaini Ishak berkata, berkata program berkenaan meninggalkan kenangan manis kepada mereka terutama daripada luar negara.

Menurutnya yang juga pensyarah bahasa, ini kerana mereka berpeluang menyembelih sendirilembu dan kambing selain membantu melapah dan memotong daging.

“MEIU sudah menyertai beberapa program ibadah korban setiap tahun di dalam dan luar negara dan sentiasa gembira untuk mengambil bahagian dalam merasai perbezaan budaya negara masing-masing berbanding di Malaysia.

“Tetapi, program di sini berbeza kerana ia pengalaman yang indah kerana dapat bersama masyarakat sekitar,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette di sini.

Siti Nurbaini menambah, tahun ini, MEDIU turut melaksanakan ibadah korban di Pattani, Thailand dan beberapa di negara Afrika.

“Kami mahu memberi semula kepada masyarakat menerusi aktviti seperti ini dengan menyediakan sukarelawan di kalangan pensyarah dan pelajar dalam program sebegini yang turut memperkenalkan nama MEDIU kepada orang ramai,” katanya.

warga Al-Madinah International University (MEDIU) merakam memori indah apabila berpeluang melakukan sendiri ibadah korban sempena Program Perdana Qurban di Sekolah Kiblah di Sepang, hari ini.

Sementara itu, Prof Madya Dr, Popoola Kareem Hamed dari Fakulti Pendidilan MEDIU yang terlibat berkata, dia sangat gembira kerana dipelawa untuk menyertai program berkenaan.

“Sangat meriah kerana program ibadah korban ini banyak melibatkan pelbagai komuniti antaranya orang ramai dan saya teruja kerana memberi pengalaman berharga sepanjang hidup.

“Kami hadir untuk menyokong dalam usaha meneruskan aktiviti ini di mana sebagai Muslim, ibadah korban di Malaysia lebih kurang sama di negara sendiri berdasarkan al-Quran dan hadis,” katanya yang berasal dari Nigeria.

Sementara itu, Program Perdana Qurban anjuran Alkhairi Qurban & Akikah Sdn. Bhd. diadakan dengan kerjasama Sekolah Kiblah bersama MEDIU yangmenyaksikan 30 ekor lembu dan 68 ekor kambing dikorbankan.

Agihan daging itu dijangka memberi manfaat kepada 74,350 bakal penerima melibatkan golongan asnaf, anak-anak yatim, pelajar tahfiz, ahli qariah masjid dan masyarakat setempat.

Lebih 250 orang menyertai program itu termasuk pelajar tahfiz dalam usaha mengeratkan silaturahim dan keprihatinan dalam masyarakat. – MalaysiaGazette

Petugas sukarelawan bergotong royong menjalankan ibadah korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha pada Program Qurban Perdana anjuran Al Khairi Qurban dan Aqiqah bersama Al Madinah International Universiti dan Sekolah Kiblah, Bangi. Foto SADIQ SANI, 17 JUN 2024