Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim (gambar kiri) mengaminkan doa selepas mengurniakan 10 ekor untuk dikorbankan di Istana Negara. Gambar: Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan 10 ekor lembu untuk dikorbankan sempena Aidiladha.

Menerusi hantaran di Facebook, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, kurniaan haiwan ternakan untuk ibadah korban itu akan diagihkan kepada semua kakitangan asnaf Istana Negara.

“Seri Paduka Baginda turut berkenan melafazkan niat wakil korban bagi sembelihan 10 ekor lembu yang dikurniakan di Istana Negara hari ini (18 Jun),” menurut hantaran itu.

Menurut hantaran itu, pelaksanaan penyembelihan akan diadakan esok, manakala majlis agihan daging korban berlangsung di Istana Negara, Khamis ini. – MalaysiaGazette