SHAH ALAM – Perbincangan mengenai penyertaan Malaysia dalam organisasi antara kerajaan, BRICS (Brazil, Russia, India, China dan Afrika Selatan) setakat ini berjalan lancar.
Menurut Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz seperti kerjasama Malaysia dengan pelbagai negara sebelum ini BRICS dilihat akan memberi manfaat yang pelbagai kepada Malaysia.
“Malaysia memang terlibat dengan beberapa platform perdagangan baru-baru ini malah Malaysia juga rakan Perjanjian Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) member of ASEAN.
“Malaysia setakat ini ada 15 FTA yang ditandatangani secara bilateral.
“BRICS ini sama seperti forum ekonomi lain yang mana kita terbuka untuk berbincang dan pada masa ini kita akan mulakan perbincangan,” katanya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dilaporkan berkata, Malaysia akan memulakan prosedur rasmi untuk menyertai organisasi antara kerajaan, BRICS.
(Brazil, Russia, India, China dan Afrika Selatan) tidak lama lagi, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Memetik laporan NEWS.AZ, Anwar berkata sebelum ini beliau mengadakan perbincangan mengenai pengembangan BRICS dengan Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva.
Kumpulan itu dibentuk untuk menyatukan negara-negara membangun yang paling penting di dunia, bagi mencabar kuasa politik dan ekonomi negara-negara kaya di Amerika Utara dan Eropah Barat.
Sebagai rekod, Afrika Selatan pada 2011 menyertai ahli asal yang termasuk Brazil, Russia, India dan China.
Kemudian pada Ogos 2023, enam ahli baharu, termasuk Argentina, dijemput untuk menyertai kumpulan itu.
Walaubagaimanapun, Buenos Aires menukar fikirannya pada akhir Disember tahun lalu.
Lima ahli baharu, Mesir, Iran, UAE, Arab Saudi dan Ethiopia, secara rasmi menyertai kumpulan itu pada 1 Januari 2024.-MalaysiaGazette