Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan reman 13 kontraktor bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu melibatkan program sukan tiga tahun lalu.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

BUKIT MERTAJAM – Kerajaan akan meneliti kesan pelaksanaan cadangan untuk meletakkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di bawah bidang kuasa Parlimen.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu harus dibincangkan terlebih dahulu memandangkan ada ahli politik berada dalam radar SPRM.

“Itu (meletakkan SPRM bawah Parlimen) harus kita bincang kerana ahli politik ini kadang-kadang (juga) dipantau.

“Jika kita kena teliti implikasi juga sebab ahli politik sekiranya diberi kuasa itu berada dalam radar SPRM maka, kita kena teliti syarat-syarat ketat (sebelum melaksanakan),” katanya ketika diminta mengulas berhubung cadangan meletakkan SPRM di bawah Parlimen.

Mengulas lanjut beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, meskipun SPRM tidak diletakkan di bawah Parlimen namun menjadi tanggungjawab badan berkanun itu untuk menjalankan siasatan sekiranya wujud salah laku.

“Sekarang ini yang penting siasat dan ada bukti yang nyata, kena dakwa. Kemudian gunakan teknikal argument (hujah), jangan lari daripada kenyataan.

“Saya tak peduli dan kalau ada bukti dakwa..jangan reka, jangan aniaya itu juga penting,” katanya.

Ahad lepas, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki  ketika menjadi tetamu podcast bersama sebuah penerbitan berita tidak  bersetuju dengan cadangan untuk meletakkan SPRM di bawah Parlimen.

Azam berkata, SPRM satu-satunya agensi dipantau lima badan bebas berbanding Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah (ICAC) Hong Kong yang hanya dipantau empat badan pengawasan.

Terdahulu Anwar dalam ucapannya berkata, beliau tidak pernah melihat SPRM ‘garang’ dalam mengambil tindakan terhadap mereka yang terpalit rasuah.

“Saya tengok SPRM tidak pernah dalam sejarah garang macam sekarang…Kita kena jaga imej kita…(Bila) orang takdak keyakinan (susah) dan (kita pula) tak cukup duit nak tolong rakyat,” katanya. – MalaysiaGazette