Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika diwawancara. - Foto tangkap layar Youtube Guancha Global

KUALA LUMPUR – Malaysia akan menyertai kesatuan ekonomi dipelopori oleh negara Brazil, Rusia, India, China, dan Afrika Selatan atau lebih dikenali sebagai BRICS.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, kerajaan telah mengambil keputusan yang sewajarnya berhubung perkara tersebut.

Memetik laporan NEWS.AZ, menurat Anwar, Malaysia akan memulakan prosedur rasmi untuk menyertai kesatuan ekonomi berkenaan tidak lama lagi.

“Kami akan melancarkan proses rasmi tidak lama lagi. Sekarang kami sedang menunggu keputusan akhir, maklum balas daripada kerajaan Afrika Selatan,” katanya dalam temu bual bersama Guancha, syarikat penerbitan berpangkalan di Shanghai, China.

Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan menubuhkan BRICS pada 2011 dan kemudian disertai lima ahli baharu iaitu Mesir, Iran, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Ethiopia pada 1 Januari 2024.-MalaysiaGazette