Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memberikan reaksinya berhubung kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang Malaysia akan memulakan prosedur rasmi untuk menyertai kesatuan ekonomi dipelopori oleh negara Brazil, Rusia, India, China, dan Afrika Selatan atau lebih dikenali sebagai Brics tidak lama lagi.