Gambar hiasan Foto Eyad BABA/AFP

TEBING BARAT- Tentera Israel menyerang beberapa kawasan di seluruh Tebing Barat yang dan menyerbu rumah-rumah penduduk Palestin pada Isnin, hari kedua perayaan Aidiladha, kata saksi.

Agensi berita Anadolu melaporkan, tentera Israel menyerang Bandar Qalqilya, menyerbu rumah-rumah dan merosakkan harta benda mereka.

Saksi memberitahu, sekurang-kurangnya seorang wanita Palestin, dikenali sebagai Donia Dawood, telah ditahan sebelum pasukan itu berundur.

 

Pasukan Israel juga menyerbu kem pelarian Aqbat Jabr di Bandar Jericho, menggeledah beberapa rumah dan menyoal siasat penduduk dengan kasar.

Tentera Israel kerap menjalankan serbuan di Tebing Barat sejak beberapa tahun lepas dan semakin meningkat dengan bermulanya serangan ke atas Gaza pada bulan Oktober lepas.

Penduduk Palestin juga menghadapi serangan ganas daripada peneroka haram.

– Bernama-Anadolu