Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf

KUALA LUMPUR – Seramai 13 individu termasuk empat kakitangan bank ditahan bagi membantu siasatan berkenaan sindiket mengeluarkan wang RM24.2 juta daripada beberapa akaun simpanan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, kesemua yang ditahan merupakan warga tempatan iaitu lapan lelaki dan lima Wanita berusia 22 hingga 53 tahun.

“Untuk makluman, bermula 13 hingga 18 Jun 2024, 12 daripadanya telah ditahan di Sabah dan seorang di Perlis,” katanya.

Menurut Ramli, 11 daripada yang ditahan kini sedang direman sehingga Jumaat ini manakala seorang telah dibebaskan dengan jamin polis,” katanya dalam kenyataan.

Kes berkenaan sedang disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sebagai rekod, polis menahan seorang kakitangan bank yang disyaki terbabit dalam kes kehilangan wang daripada empat akaun simpanan tetap membabitkan kerugian RM24.2 juta.-MalaysiaGazette