Kredit : X Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Malaysia menyambut baik minat dan keyakinan yang dipamerkan oleh pelabur luar untuk terlibat dalam pelaksanaan dasar-dasar yang telah diumumkan kerajaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam catatan di laman X, Anwar berkata ini mencerminkan asas yang kukuh dan keutamaan kerajaan MADANI dalam melaksanakan dasar yang memberi manfaat kepada orang ramai dan komuniti perniagaan.

Terdahulu, Anwar menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi China Silk Road Group Dr Yan Lijin, disertai oleh Pengerusi China Tianying Inc (CNTY) Yan Shengjun dan Pengerusi Chengli Special Automobile Ltd (CLW) Cheng Aluo.

“Pertemuan kami hari ini membincangkan mengenai sokongan teknologi dan pengetahuan yang boleh dibawa oleh peneraju industri seperti CNTY dan CLW, terutamanya mengenai pelaksanaan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR),” kata Anwar. – BERNAMA

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here