Foto IG Rizman Ruzaini.

KUALA LUMPUR – Pereka fesyen Rizman Ruzaini (RR) terus menempa sejarah dalam industri fesyen tanah air apabila busana rekaannya disarung penyanyi terkenal Lady Gaga ketika mengadakan persembahan residensi di Las Vegas.

Gaga mengenakan gaun labuh berwarna merah hati rekaan RR itu yang turut dihiasi ribuan batu Swarovski ketika menyanyikan lagu popularnya Americano.

Kegembiraan itu juga dikongsi pereka fesyen itu menerusi Instagram yang menunjuk proses pakaian itu dihasilkan secara terperinci.

“Telefon Paparazi kerana kami berada di The Edge of Glory! Ini adalah Lady Gaga mengenakan rekaan khas Rizman Ruzaini ketika membuat persembahan Americano di residensi Las Vegas.

“Ini membuatkan kami ingin melepaskan segalanya dan Just Dance,” kongsi RR.

Sementara itu, persembahan residensi Gaga iaitu Piano and Jazz di Dolby Live at Park MGM Las Vegas yang berlangsung sejak 19 Jun lalu hingga 6 Julai depan.

Ini merupakan kejayaan kedua RR selepas model legenda Naomi Campbell pernah memperaga busana rekaan mereka di Minggu Fesyen Dubai pada Oktober tahun lalu.

Pasangan pereka fesyen itu mendedahkan membayar RM3 juta bagi menempah model terkemuka itu untuk menggayakan pakaian mereka. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here