NIBONG TEBAL – Calon Pakatan Harapan (PH), Dr Joohari Ariffin menyifatkan seseorang pemimpin politik yang cemerlang bukan hanya memerlukan karektor baik namun perlu juga memiliki ilmu pengetahuan.
Beliau yang mesra dengan panggilan Cikgu Joohari itu menegaskan, pemimpin yang tidak mempunyai ilmu dikhuatiri mampu menyesatkan orang lain.
“Ilmu antara ciri-ciri penting yang perlu ada seseorang pemimpin selain pada karekter.
“Kalau dia (pemimpin politik) tidak ada ilmu dia boleh menyesatkan orang sebab itu pada saya, manusia ni bukannya bodoh tetapi dia jahil dan kita kena ajar mereka sampai jadi pandai,” katanya kepada pemberita pada sesi ramah mesra bersama media di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di sini hari ini.
Bagaimanapun Joohari tidak mahu mendabik dada dengan kelayakan akedemik yang dimilikinya meskipun pihak lawan menafikan faktor itu bukanlah pengukur menjadi pemimpin politik cemerlang pada masa hadapan.
Semalam, Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa kelayakan akademik tidak boleh dijadikan pengukur kelayakan bagi menjadikan seseorang pemimpin politik cemerlang pada masa hadapan.
Muhammad Sanusi berkata, ramai pemimpin politik di negara ini yang tidak mempunyai kelayakan akademik tinggi, namun mampu menggalas tugas dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. – MalaysiaGazette
Ko sindir Anwar Ibrahim kaa??..Dia pun tak de ilmu..apatah lg ilmu mengurus ekonomi…belajar pun sangkut…sembang jaaa pandai