Sunday, September 29, 2024
Home Sukan Stadium Hoki Nasional pula jadi lokasi konsert, netizen risau padang rosak

Stadium Hoki Nasional pula jadi lokasi konsert, netizen risau padang rosak

Foto X Stadium Malaysia.
KUALA LUMPUR – Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil mendapat pengiktirafan Malaysia Books of Records selepas julung-julung kalinya  menjadi venue sebuah konsert.
Dikenali Showcase Jiwa Kacau 2024, konsert itu dianjurkan MND Sport & Event Sdn Bhd dua hari lalu.
Ia mencipta sejarah yang tersendiri apabila berjaya menghimpunkan sekitar 15,000 peminat tempatan sekali gus sejarah ini akan tersemat dalam catatan sejarah negara.
Namun segelintir netizen berpendapat penganjuran hiburan itu boleh merosakkan rumput tiruan dan beberapa sistem kemudahan di rumah keramat The Speedy Tigers itu.
Malah Olimpian hoki negara, Maninderjit Singh turut menyuarakan kerisauan berhubung senario di Stadium Hoki Nasional ini kerana menganggap langkah penganjuran konsert boleh menjejaskan padang itu sendiri dan memerlukan kos besar untuk memulihkannya. – MalaysiaGazette