Ruud van Nistelrooy. Foto Sky Sports.

LONDON – Bekas penyerang legenda Manchester United, Ruud van Nistelrooy telah dilamar menjadi sebahagian daripada kakitangan baharu Erik ten Hag di kelab itu.

Namun keputusan kini terserah kepada van Nistelrooy kerana dia juga disebut calon untuk mengisi kekosongan selaku pengurus baharu Burnley bagi menggantikan Vincent Kompany yang berhijrah ke Bayern Munich.

Nistelrooy yang juga bekas pemain sensasi antarabangsa Belanda dijangka membuat keputusannya minggu depan di mana kemunculannya sebagai perubahan dalam struktur barisan kakitangan di bawah kendali pengurus Erik Ten Hag.

Sebagai rekod, dia telah menjaringkan 150 gol dalam 219 perlawanan untuk United.

Nistelrooy sebelum ini merupakan pengendali kelab Belanda iaitu PSV Eindhoven menggantikan Roger Schmid.

Dia yang bersara daripada bermain pada tahun 2012 selepas bersama Malaga di La Liga, sudah melatih skuad bawah 19 dan 21 tahun PSV sejak tiga musim lalu.

Nistelrooy turut meledak 62 gol dalam 67 perlawanan untuk PSV dari tahun 1998 hingga 2001.

Van Nistelrooy, 47, yang turut meledak 35 gol dalam 70 penampilannya untuk Belanda, menyertai barisan kejurulatihan Belanda di bawah Frank de Boer ketika Euro 2020. – Agensi

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here