Pencinta basikal klasik, Ahmad Fauzi Ismail bersama isteri, Jamaliah Soud bersiar-siar bersama mengelilingi kampung ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Permatang Sungai Dua, Pulau Pinang. Foto AIZAT ZAINAL, 28 JUN 2024.

Ahmad Fauzi Ismail, 63 yang merupakan penggali kubur menjadi pencinta basikal tua dan klasik sejak tahun 1990-an dan mengumpulnya lebih dari 40 buah, termasuk jenama Hercules dan Raleigh dari era 1940-an dan 1960-an.

Beliau membeli basikal ini dari Kelantan, Johor, Pahang, dan Pulau Pinang, dan memperbaikinya sendiri. Walaupun ada tawaran tinggi untuk koleksi ini, Ahmad, yang juga dikenali sebagai Pak Lang G, hanya pernah menjual satu basikal dan amat menyesalinya.

Basikal-basikal ini sering digunakan dalam aktiviti komuniti di Sungai Dua, termasuk mengiringi pengantin. Beliau yang merupakan bekas pekerja kilang, bersama-sama isterinya, Jamaliah Soud, juga aktif meminati basikal klasik itu.

Pencinta basikal klasik, Ahmad Fauzi Ismail bersama isteri, Jamaliah Soud selepas bersiar-siar bersama mengelilingi kampung ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Permatang Sungai Dua, Pulau Pinang. Foto AIZAT ZAINAL, 28 JUN 2024.
Pencinta basikal klasik, Ahmad Fauzi Ismail mula membeli basikal-basikal klasik ini sejak 1990-an dan sehingga kini mempunyai lebih 40 basikal klasik yang kesemuanya masih boleh ditunggang dengan baik ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Permatang Sungai Dua, Pulau Pinang. Foto AIZAT ZAINAL, 28 JUN 2024.
Antara 40 basikal klasik yang kesemuanya masih boleh ditunggang dengan baik ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Permatang Sungai Dua, Pulau Pinang. Foto AIZAT ZAINAL, 28 JUN 2024.
Pencinta basikal klasik, Ahmad Fauzi Ismail memeriksa basikal klasiknya yang boleh ditunggang dengan baik ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Permatang Sungai Dua, Pulau Pinang. Foto AIZAT ZAINAL, 28 JUN 2024.
Pencinta basikal klasik, Ahmad Fauzi Ismail memeriksa basikal klasiknya yang boleh ditunggang dengan baik ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Permatang Sungai Dua, Pulau Pinang. Foto AIZAT ZAINAL, 28 JUN 2024.
Pencinta basikal klasik, Ahmad Fauzi Ismail bersama isteri, Jamaliah Soud bersiar-siar bersama mengelilingi kampung ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Permatang Sungai Dua, Pulau Pinang. Foto AIZAT ZAINAL, 28 JUN 2024.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast