Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution berucap pada Majlis Penutup Mesyuarat Agung Tahunan ke 40 RESPA di Maktab Polis Diraja Malaysia, Cheras. Foto SADIQ SANI, 25 JUN 2024

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengalu-alukan idea dan pandangan pengalaman bekas anggota dan pegawai polis dalam menambahbaik pengurusan pasukan keselamatan itu menangani isu jenayah yang semakin kompleks.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, meskipun ancaman komunis tidak lagi wujud, isu jenayah kini menjurus kepada ancaman bersifat fahaman idealogi dan jenayah.

“Kita juga berharap segala pendapat beserta pengalaman luas bekas pegawai polis ini dapat digunakan sebaik-baiknya dalam mewujudkan tatakelola yang baik sama ada di peringkat KDN dan PDRM termasuk idea mereka dalam Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyempurnakan Mesyuarat Agung Tahunan ke-40, Persatuan Pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (RESPA) di sini, hari ini.

Menurut Saifuddin, setiap pandangan dan idea daripada mereka boleh diteliti secara semulajadi melalui mekanisme yang boleh dibentuk atau diperbaharui kelak. – MalaysiaGazette