KUALA LUMPUR – Indeks Pelopor (IP) Malaysia terus meningkat 4.3 peratus pada April 2024, mencapai 113.1 mata berbanding 108.4 mata pada
tahun sebelumnya.

Kenaikan untuk bulan kelima berturut-turut menunjukkan bahawa ekonomi kekal berada dalam momentum pertumbuhan, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.

Peningkatan ini dapat dilihat dalam semua komponen kecuali import benar semi konduktor (-1.5%).

Selepas penurunan marginal sebanyak 0.5 peratus pada Mac 2024, perubahan bulanan IP meningkat semula sebanyak 0.8 peratus pada April 2024.

Pertumbuhan ini disumbangkan oleh peningkatan dalam bilangan unit kediaman yang diluluskan pembinaan (0.8%), import benar semi konduktor (0.2%) dan bilangan syarikat baru didaftar (0.2%).

Melihat kepada trend jangka panjang terlicin pada April 2024, IP kekal berada di atas 100.0 mata, menggambarkan pertumbuhan ekonomi yang berterusan dalam bulan-bulan mendatang disokong oleh permintaan domestik yang kukuh dan pengembangan yang mampan bagi sektor pembuatan dan perkhidmatan. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here