Fadzli Mohamad Kamal

KUANTAN – Pahang komited dalam melahirkan atlet berkualiti untuk pelan jangka mangsa panjang dengan melantik jurulatih sambilan termasuk daripada kalangan guru.

Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Pahang, Fadzli Mohamad Kamal berkata, mereka ditempatkan di seluruh daerah bagi mengcungkil bakat baharu.

Langkah berkenaan diambil bagi mendedahkan atlet menghadapi acara Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 2024.

”Daripada jumlah 85 orang, terdapat lantikan jurulatih sambilan dari kalangan guru hasil kerjasama degan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang  (JPNP) seramai 21 orang.

”Bagi jurulatih sambilan di Kuantan seramai 53 orang dilantik, Temerloh (10), Pekan (4), Jerantut (4), Jengka (2), Raub (2), Maran (2), Bentong (2).

”Manakala setiap orang jurulatih  juga dilantik di kawasan Betau, Triang, Bera, Cameron Highlands, Chini dan Kuala Lipis,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette.

Jelas Fadzli, elaun yang diberikan kepada jurulatih bergantung kepada kelayakan dan pengalaman masing-masing.

Tambah beliau, kerajaan negeri sanggup berbelanja termasuk mengadakan sesi latihan di luar negara bagi memberikan atlet pendedahan.

”Setiap di Pahang ada jurulatih sambilan daripada guru yang berfungsi mencungkil bakat baru, ini hanya akan berjalan selepas Sukma, sebab inisiatif ini memerlukan peruntukan yang besar.

”Guru yang dilantik menjadi jurulatih sambilan akan mendapat elaun RM500 hingga RM750, akan datang kita bincangkan berdasarkan kelayakan mereka., kata beliau.

Pahang akan menyertai 36 acara pada Sukma Sarawak 2024 dengan lebih 600 penyertaan atlet. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN :

Pahang harap 603 atlet pamer prestasi cemerlang SUKMA Sarawak

Pahang sasar 40 pingat emas pada SUKMA Sarawak 2024

Sukma Sarawak: Pahang sasar 2 pingat emas dari sukan tinju

SUKMA Sarawak: Perak mahu kedudukan lima terbaik, sasar 35 emas

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast