Tag: sukma
Selangor umum cuti peristiwa 1 September ini sempena kejayaan SUKMA 2026
Saya dengan berbesar hati mengumumkan bahawa Kerajaan Negeri Selangor mengisytiharkan cuti peristiwa khas sempena kejayaan SUKMA 2026, kata Amirudin.
SUKMA: Selangor lepasi sasaran 80 emas, kini intai juara keseluruhan
Kutipan pingat emas Selangor terus meningkat apabila kontinjen Red Giants kini mengumpul 97 emas, 71 perak dan 69 gangsa, jauh meninggalkan pencabar terdekat, Wilayah Persekutuan, yang mengumpul 50 emas, 49 perak dan 52 gangsa.
SUKMA: Selangor belum muktamad cuti peristiwa, akan umum pada majlis penutup...
Amirudin berkata sebarang pengumuman rasmi berkenaan perkara itu akan dibuat pada Majlis Penutup SUKMA, yang akan berlangsung di Aneka Walk, Seksyen 14 di sini, esok.
SUKMA 2026: Danish lengkap hatrik emas, pecah rekod 200 meter
Atlet Johor berusia 19 tahun itu memecah rekod kejohanan dengan catatan 20.85 saat.
SUKMA 2026: Kuartet 4x100m Johor lebur rekod 10 tahun
Kuartet Johor yang diketuai Danish Iftikhar Muhammad Roslee sebagai pelari terakhir berjaya menamatkan saingan itu dengan catatan masa 39.46 saat (s) milik kuartet Melaka yang bertahan sejak SUKMA 2016.
Dua tahun mohon dana, Selangor terpaksa anjur SUKMA tanpa geran KBS...
Mohd Najwan berpandangan amalan itu tidak seharusnya berterusan kerana penganjuran temasya sukan terbesar negara itu wajar mendapat sokongan kewangan daripada Kerajaan Persekutuan seperti yang dinikmati negeri-negeri tuan rumah sebelum ini.
Atlet ragbi SUKMA meninggal dunia ketika latihan
"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan ketika menerima rawatan di unit kecemasan hospital berkenaan,” kata Tengku Mohd Faisal.
Kelantan harap SUKMA Selangor 2026 diteruskan dalam skala kecil
Exco Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat negeri, Zamakhshari Muhamad berkata penangguhan temasya itu dikhuatiri memberi kesan langsung terhadap prestasi serta moral atlet.
Penangguhan SUKMA: Selangor ambil pandangan ADUN, titah Sultan jadi panduan
Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan negeri Mohd Najwan Halimi berkata beliau menjunjung kasih atas titah Sultan Selangor pada pembukaan DUN Selangor hari ini, khususnya berkaitan cadangan penangguhan temasya sukan dwitahunan itu.
SUKMA wajar ditangguhkan sehingga krisis Asia Barat selesai – Sultan Selangor
Sultan Sharafuddin bertitah penangguhan itu juga wajar sehingga pembangunan semula Stadium Shah Alam siap sepenuhnya.
















