KULIM – Seorang pemain ragbi Sukan Malaysia (SUKMA) Pulau Pinang meninggal dunia selepas rebah ketika menjalani sesi latihan di padang Batalion Kedua Pasukan Gerakan Am (PGA) Kulim di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, mangsa, Muhammad Adam Putra Syahril, 21, dilaporkan tidak sedarkan diri ketika latihan sedang berlangsung.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintendan Tengku Mohd Faisal Tengku Yeng berkata, jurulatih mangsa cuba memberikan bantuan awal sejurus kejadian berlaku, namun mangsa tidak menunjukkan sebarang tindak balas.

Kata beliau, mangsa yang juga pelajar sebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Perlis itu kemudian dikejarkan ke Hospital Kulim dengan ambulans untuk rawatan lanjut.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan ketika menerima rawatan di unit kecemasan hospital berkenaan.

“Susulan itu, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar dan proses bedah siasat akan dilakukan hari ini,”katanya dalam kenyataan hari ini

Tambah beliau, mangsa tidak mempunyai sebarang rekod penyakit. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast