Azfar dikesan membuat isyarat lucah kepada penjaga garisan dan tindakannya berjaya dirakam oleh kamera.

KUALA KUALA LUMPUR – Pemain tengah Perak, Nur Azfar Arif mencuri perhatian peminat bola sepak apabila didakwa membuat isyarat lucah ketika perlawanan menentang Selangor FC dalam aksi Liga Super 2024/25/.

Azfar dikesan membuat membuat tindakan itu ketika beraksi pada separuh masa kedua dalam perlawanan  di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) di mana Selangor berjaya memenangi perlawanan dengan keputusan 2-1.

Insiden berlaku apabila bekas pemain TFC II musim lalu itu meminta lontaran ke dalam namun pengadil tidak mengendahkan permintaan pemain itu dan memberikan lontaran ke dalam kepada pasukan lawan.

Pemain yang menyertai Perak pada awal musim itu kemudiannya tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil dan membuat isyarat lucah kepada penjaga garisan dan tindakannya berjaya dirakam oleh kamera.

Tindakan itu ternyata mengundang kritikan daripada ramai pihak terutamanya peminat di mana mereka merasa kurang senang dengan tindakan pemain itu yang dianggap biadap serta tidak menunjukkan contoh yang baik.

Malah ada peminat yang menggesa agar pengelola liga, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) atau Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengambil tindakan dengan mengenakan hukuman terhadap Azfar Arif.

Dalam perlawanan itu, Ronnie Fernandez menjadi wira bagi Selangor apabila beliau menjaringkan dua gol pada separuh masa pertama.

Aksi tersebut turut diwarnai oleh kontroversi dari pengadil yang mana beliau melayangkan kad merah kepada pemain tengah Selangor iaitu Alex Agyarkwa pada separuh masa kedua selepas beliau didakwa mengasari Wan Zack Haikal.

Ulang tayang menunjukkan Alex tidak mengasari Wan Zack akan tetapi beliau tetap dilayangkan kad merah meskipun pengadil sudah melihat VAR.

Kemenangan semalam meletakkan Selangor di tangga kedua dibelakang pendahulu iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) dimana tiga mata memisahkan kedua-dua pasukan.

Selepas ini, Selangor bakal turun menentang Kuching City dalam aksi pertama suku akhir Piala FA dan kemudiannya mereka akan bertandang ke Cheras untuk menghadapi satu lagi musuh tradisi iaitu Kuala Lumpur City. – MalaysiaGazette