Rahman Mohd Din.

KUALA LUMPUR – Rahman Mohd Din telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Integriti Malaysia (IIM) yang baharu berkuat kuasa 24 Jun 2024.

Sebelum dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif IIM, Rahman memegang jawatan sebagai Pengarah Pembangunan Negeri Johor.

Rahman mula berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) pada tahun 1994 di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Sepanjang 30 tahun dalam perkhidmatan awam, selain dari MITI, beliau telah berkhidmat di pelbagai Kementerian, agensi-agensi kerajaan dan pejabat-pejabat setiausaha kerajaan negeri seperti Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri; Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU); Jabatan Perkhidmatan Awam; Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Sains (Pengurusan) dari Universiti Utara Malaysia pada tahun 2006.

Pelantikan beliau adalah bagi menggantikan Datuk Nor Yahati Awang yang telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Kelestarian Alam) Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam pada Mac lepas. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here