KUALA LUMPUR – Guru besar sebuah sekolah di Sarawak direman enam hari selepas disyaki membuat tuntutan palsu yang bernilai kira-kira RM125,000.

Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), lelaki berusia 50-an jtu ditahan kira-kira jam 9.30 malam pada 24 Jun lalu di sebuah sekolah di Bintulu.

“Siasatan awal mendapati suspek bersubahat dengan sebuah syarikat ketika membuat tuntutan palsu berkait pembekalan makanan ke asrama sebuah sekolah bernilai kira-kira RM125,000 sedangkan kuantiti bekalan tidak sama dengan jumlah sebenar yang dibekalkan,” katanya.

Perintah reman sehingga 30 Jun ini dikeluarkan oleh Majistret,  Galvin Loo Wei Ling selepas suspek ditahan sebelum dibawa ke Mahkamah Majistret Bintulu semalam.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sarawak, Hasbilah Mohamad Salleh ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here