Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas)

KUALA LUMPUR – Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (Prolintas) komited dan bersedia untuk bekerja rapat dengan semua pihak berkuasa selepas beberapa kakitangannya ditahan reman oleh Suruhanjaya Anti Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM”) bagi membantu siasatan membabitkan kes pembinaan.

“Kami komited dan bersedia untuk bekerja rapat dengan semua pihak berkuasa berkaitan bagi memastikan kerjasama penuh dalam membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini sambal menambah syarikat itu juga komited dalam mengekalkan integriti dan tadbir urus korporat pada tahap tertinggi.

Semalam, SPRM menahan reman lapan individu, termasuk seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bersama dua pengurusan tertinggi syarikat konsesi lebuh raya, kerana dipercayai telah meminta dan menerima rasuah membabitkan pembinaan dua projek lebuh raya di Lembah Klang bernilai lebih RM1.6 bilion.

CEO bergelar Datuk bersama dua pengurusan tertinggi syarikat konsesi lebuh raya berkenaan direman selama empat hari sehingga 28 Jun ini manakala lima lagi individu iaitu pemilik syarikat pula direman selama tiga hari sehingga 27 Jun ini.

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya. – MalaysiaGazette

SPRM tahan 8 individu babitkan rasuah projek lebih RM1.6 bilion