Datuk Seri Siti Nurhaliza.- Foto SYADILA AMARI, 26 MAC 2024.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Siti Nurhaliza hanya akan memberikan komen berhubung pelantikan sebagai ‘pakar’ selepas Pusat Pendidikan Berterusan Pendidikan Universiti Malaya (UMCced) mengeluarkan kenyataan rasmi.

Menerusi kenyataan media dikeluarkan pengurusannya, Siti Nurhaliza Productions, penyanyi tersohor negara memohon maaf kerana tidak akan mengeluarkan sebarangan komen ketika ini.

“Salam rakan-rakan media semua. Buat masa ini, Siti tidak akan mengeluarkan apa-apa kenyataan sempena pelantikan pakar di UMCced kerana kenyataan rasmi harus dikeluarkan terlebih dahulu oleh pihak berkenaan.

“Selepas kenyataan rasmi sempena pelantikan dibuat, Siti akan beri maklum balas kepada media mengenai perkara ini.

“Terima kasih kepada rakan-rakan media dan mohon maaf kerana buat masa ini, Siti tidak dapat memberikan kenyataan,” katanya.

Sebelum ini tular poster mendakwa Siti Nurhaliza telah dilantik sebagai pakar selama dua tahun oleh UMCced.

Bagaimana semakan mendapati poster tersebut tidak dikongsi oleh media sosial rasmi pusat pendidikan berkenaan.

Penularan poster itu telah mengundang perdebatan warga maya yang merasakan beliau tidak layak diberikan jawatan tersebut.-MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here