Enam penjawat awam yang berkhidmat di sebuah jabatan di Melaka direman empat hari disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu bernilai kira-kira RM14,000.

KUALA LUMPUR – Enam penjawat awam yang berkhidmat di sebuah jabatan di Melaka direman empat hari disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu bernilai kira-kira RM14,000.

Perintah reman ke atas kesemua suspek yang bermula hari ini hingga 30 Jun itu dikeluarkan oleh Majistret Nabilah Nizam di Mahkamah Majistrest Ayer Keroh.

Menurut sumber, kesemua suspek wanita berusia lingkungan 30 hingga 50-an telah ditahan sekitar jam 2 dan 3 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Melaka.

“Siasatan awal mendapati kesemua suspek disyaki melakukan perbuatan itu pada 2021 dan mereka telah mengemukakan dokumen yang mengandungi butir matan palsu berjumlah kira-kira RM14,000.

“Ia bagi tujuan tuntutan bayaran gaji pekerja kontrak sedangkan pekerja tersebut tidak bekerja di jabatan tersebut.

“Hasil daripada tuntutan palsu tersebut telah dibahagikan dalam kalangan keenam-enam suspek melalui pindahan akaun bank milik masing-masing,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Melaka, Adi Supian Shafie  ketika dihubungi mengesahkan penahanan reman tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Begitu lah bila amanah yg diberikan dikhianati, hati hitam mata buta kerana kebendaan. kalau dah spesis anjing yg dah biasa makan najis, tak makan sekali pun dia hidup juga.

Comments are closed.