Pemangku Sultan Johor, Tengku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim

KUALA LUMPUR – “Selepas ini Tuanku Sultan yang lain juga akan bertanya, kenapa Selangor boleh dikurangkan hukuman dan negeri kami tidak boleh?”

Itu respon Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim Tindakan Malaysian Football League (MFL) yang mengurangkan denda daripada RM100,000 ke RM60,000 yang perlu dijelaskan oleh Selangor FC.

Menurut TMJ, selepas ini yang mana kelab tidak membayar gaji, tarik diri sesuka hati, melanggar undang-undang Liga boleh meminta sultan tulis surat murka.

“Pasukan setiap negeri yang buat salah semua boleh suruh MFL tarik balik hukuman dengan mohon jasa Tuanku Sultan masing-masing keluarkan surat,” katanya dalam kenyataan media sosialnya.

Menurut Tunku Ismail, JDT sejak 2013 kena denda beratus ribu, diharam selama enam bulan namun Sultan Johor tidak keluar surat atau membuat sebarang kenyataan.

“Siap mengungkit beri pingat Datuk. MFL buat u-turn tanpa surat rayuan. Yang memekak hentam MFL baik puji MFL sekarang.

“Tuan-tuan dan puan-puan, saya persembahkan kepada anda Tokong sebenar bola sepak Malaysia,” kata TMJ lagi. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here