Foto Facebook UUM.

KUALA LUMPUR – Pelakon dan pengarah filem terkenal, Datuk Afdlin Shauki dilantik sebagai Profesor Adjung Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan Universiti Utara Malaysia (UUM).

Pelantikan itu diumumkan menerusi hantaran di laman sosial rasmi UUM sebagai tanda penghargaan terhadap kepakaran dan pengalaman beliau dalam sesuatu bidang.

Tempoh pelantikan dua tahun itu bermula 16 Jun lalu lalu sehingga 15 Jun 2026.

Profesor Adjung adalah gelaran kehormat kepada profesional dan tokoh korporat kerana mempunyai kepakaran dan berpengalaman luas dalam sesuatu bidang.

Mereka juga dilantik sebagai tenaga pengajar sambilan di institusi pengajian tinggi.

Sebelum ini, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan pernah menerima gelaran tersebut di Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Alam Sekitar (STHEM), UUM pada Mac 2017.

Pelantikan beliau difahamkan berdasarkan pengalaman yang luas dalam bidang masakan di dalam dan luar negara sekali gus membolehkannya berkongsi pengalaman, memberi bimbingan kepada pensyarah dan pelajar melalui program syarahan Profesor Adjung seminar serta perjumpaan.

Tempoh pelantikan dua tahun itu bermula 1 Februari 2017 sehingga 31 Januari 2019. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here