Bangunan Bank Negara Malaysia

KUALA LUMPUR – Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$$113.59 bilion (US$1=RM4.72) setakat akhir Mei 2024 manakala aset mata wang asing lain berjumlah AS$$5.0 juta, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

Menerusi kenyataannya hari ini, bank pusat itu berkata, butiran terperinci rizab antarabangsa memberi maklumat akan datang mengenai saiz, komposisi dan kebolehgunaan rizab dan aset mata wang asing lain yang mengikut format Special Data Dissemination Standard (SDDS) Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Pada masa sama, ini turut memberi jangkaan dan prospek aliran masuk dan keluar pertukaran asing bagi Kerajaan Persekutuan dan BNM untuk tempoh 12 bulan akan datang.

“Secara keseluruhannya, butiran terperinci rizab antarabangsa mengikut format SDDS IMF menunjukkan rizab antarabangsa Malaysia pada akhir Mei 2024 tetap boleh guna,” katanya.

BNM berkata, bagi tempoh 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek yang telah dikenal pasti bagi pinjaman, sekuriti dan deposit mata wang asing yang antara lainnya termasuk pembayaran balik berjadual peminjaman luar negara oleh kerajaan dan kematangan Bil Antara Bank dalam mata wang asing Bank Negara yang berjumlah AS$16.19 bilion.

Kedudukan jualan hadapan bersih adalah sebanyak AS$26.89 bilion pada akhir Mei 2024, mencerminkan pengurusan mudah tunai ringgit dalam pasaran wang.

Sejajar dengan amalan yang diterima pakai sejak April 2006, data ini tidak termasuk unjuran aliran masuk mata wang asing daripada pendapatan faedah dan pengeluaran pinjaman projek dan unjuran aliran masuk mata wang asing berjumlah AS$2.39 bilion bagi tempoh 12 bulan akan datang, katanya.

BNM berkata, satu-satunya aliran keluar bersih jangka pendek kontingensi bagi aset mata wang asing ialah jaminan kerajaan terhadap hutang luar negara dalam mata wang asing yang akan matang dalam tempoh setahun berjumlah US$400.8 juta.

“Aliran ini tidak mengandungi sebarang pinjaman dalam mata wang asing yang terkandung opsyen, tidak mempunyai kemudahan kredit dan kemudahan kredit tanpa syarat belum digunakan yang diberikan oleh atau kepada bank pusat lain, organisasi antarabangsa serta bank dan institusi kewangan lain.

“Bank Negara Malaysia juga tidak terbabit dalam urus niaga opsyen mata wang asing terhadap ringgit,” katanya. – BERNAMA

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here