Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Seri Muhyiddin Yassin bercakap pada media berkenaan sesi minum petang bersama penduduk tempatan di Sungai Bakap, Pulau Pinang, Foto AIZAT ZAINAL, 28 JUN 2024.

NIBONG TEBAL – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin menghormati keputusan Datuk Seri Mustapha Mohamed meninggalkan parti dan menolak untuk bertanding bagi kerusi Parlimen Gua Musang atau Jeli jika pilihan raya kecil (PRK) berlangsung.

Namun, beliau berharap Mustapha yang mesra dengan panggilan Tok Pa dapat menghayati kerjasama sepanjang beliau menjadi ahli Bersatu dan tidak akan menjadi ahli mana-mana parti lain.

“Saya baru dengar dan baca berita yang dia (Mustapa) tidak lagi menjadi ahli Bersatu. Saya tidak dapat berita apa sebab (keluar parti), mungkin lepas PRU lalu, dia tak nak bertanding lagi.

“Dia lepaskan kawasan Parlimen Jeli dan kita lantik Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik yang ada di situ.

“Itu langkah yang diambil, kita hormatilah keputusan dia..dia masih sahabat saya juga lagi,” katanya kepada pemberita hari ini.

Terdahulu, Muhyiddin menyantuni orang ramai dalam usaha membantu kempen calon Perikatan Nasional, Abidin Ismail di Unit Daerah Mengundi Puteri Gunung di Simpang Ampat di sini.

Media hari ini melaporkan Mustapha atau popular dipanggil Tok Pa mengulangi kenyataan peletakan semua jawatan dan sebagai ahli  dalam Bersatu.

“Saya mengulangi sekali lagi kenyataan yang dikeluarkan pada 2 November 2022 bahawa saya sudah ‘pencen’ daripada politik apabila membuat keputusan untuk tidak bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15,” katanya.

Mustapa menjawab kenyataan Pengerusi Bersatu Kelantan, Datuk Kamaruddin Md Noor yang sedia memberi laluan kepada beliau untuk bertanding di Parlimen Gua Musang atau Jeli jika PRK diadakan. – MalaysiaGazette

Saya sudah keluar Bersatu, tidak akan jadi calon – Tok Pa

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here