Timbalan President Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli bercakap pada media berkenaan sesi ramah mesra bersama penduduk tempatan di Sungai Bakap, Pulau Pinang. Foto AIZAT ZAINAL. 31 JUN 2024

NIBONG TEBAL – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menyifatkan pembangkang tidak faham bahasa Inggeris sekali gus memanipulasikan isu RON95 dalam wawancaranya di China.

Jelas beliau, sebarang pengumuman yang dibuat kerajaan memang dikira sebagai ‘kejutan’ susulan rakyat tidak tahu sehingga ia umumkan.

“Jawapan saya adalah kami fokus pada (penyasaran) diesel..strategi kami sejauh dalam program diesel dan apabila siap baru kita akan mengumumkannya.

“Sudah tentu ia datang sebagai kejutan bagi orang ramai..Ini kerana jika kerajaan memutuskan apa pun yang belum ditentukan kami akan melihat bagaimana ia mempengaruhi inflasi.

“Selalunya, pengumuman itu dibuat berdasarkan persediaan melebihi satu tahun, supaya ada penampat maksudnya ada buffer bagi memastikan golongan yang disasarkan mendapat bantuan serta dilindungi akan dapat bantuan,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita menyantuni pengundi dalam usaha membantu kempen calon Pakatan Harapan Dr Joohari Ariffin di Sungai Bakap di sini.

Mengulas lanjut Rafizi yang juga Pengarah Pilihan Raya Perpaduan berkata, rakyat sebenarnya boleh menerima penyasaran subsidi diesel apabila diterangkan.

“Walaupun isu diesel ini diimainkan dalam kempen ataupun sebahagian media sosial tetapi kita mengambil langkah proaktif untuk menerangkan,” katanya.

Media semalam melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tiada sebarang keputusan membabitkan penyasaran subsidi lain dibuat setakat ini kecuali subsidi diesel.

Ia susulan memetik kenyataan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dalam satu wawancara bersama Bloomberg yang mengatakan kerajaan akan meneruskan rancangan mengumumkan langkah sama untuk minyak RON95.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, pihaknya memberi tumpuan soal penyasaran diesel ketika ini selain meneliti supaya pelaksanaan itu berkesan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast