Bangunan Kementerian Luar Negeri di Putrajaya.

KUALA LUMPUR – Kedutaan Besar Malaysia di Lima, Peru sedang memantau rapat perkembangan susulan bencana gempa bumi dengan magnitud 7.2 yang melanda
Peru pada awal hari ini, jam 12.36 pagi waktu tempatan.

Kementerian Luar Negeri berkata, Kedutaan Besar Malaysia di Lima sedang giat menyelaras usaha dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat lanjut.

“Rakyat Malaysia di kawasan terjejas dinasihatkan untuk berwaspada dan berhati-hati, dan mengikuti perkembangan terkini serta nasihat yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan,” katanya.

Tambahnya, rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular atau mempunyai sebarang pertanyaan lanjut dinasihatkan untuk menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Lima, seperti maklumat di bawah:

Kedutaan Besar Malaysia di Lima
Alamat : Av. General Juan Antonio Pezet 1750 San Isidro Lima, Republik Peru
No. Telefon : (511) 422 0297/ (511) 441 1939/ (511) 441 0795
Emel : [email protected]/ [email protected]

Sebarang perkembangan terkini mengenai kejadian ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here