Para anggota bomba melihat keadaan lori muatan tiga tan yang terlibat dalam nahas dengan sebuah kereta Proton Saga di Jalan Keningau Sook, Sabah, semalam.

KUALA LUMPUR – Enam cedera selepas sebuah kereta Proton Saga bertembung dengan lori muatan tiga tan di Batu 11, Jalan Keningau Sook, Sabah, lewat petang semalam.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 7.23 petang.

Komander Operasi, PBK II Raizaain Ag Damit berkata, dalam kemalangan itu terdapat enam orang mangsa yang terlibat.

Lima penumpang Proton Saga yang cedera telah dikejarkan ke hospital berdekatan sebelum pasukan bomba tiba.

Manakala seorang lagi mangsa iaitu lelaki yang turut tercedera, berada di kenderaan lori telah diberikan rawatan awal oleh anggota Unit EMRS sebelum dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.- MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here