Foto kredit : Bomba Kelantan

KOTA BHARU – Sebanyak 10 individu cedera manakala dua selamat dalam kemalangan melibatkan tiga kereta di kawasan Batu Melintang menghala ke Bukit Gerik, Jeli, petang tadi.

Kesemua mangsa terdiri daripada enam lelaki termasuk seorang kanak-kanak dan enam wanita.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan berkata kejadian menyebabkan lima mangsa cedera parah manakala lima yang lain cedera ringan.

Beliau berkata kemalangan berlaku pada 2.58 petang di KM28 itu melibatkan kereta jenis Naza Citra, Proton Pesona dan Perodua Axia.

“Bomba menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada 2.58 petang dan tiba di tempat kejadian pada 3.29 petang.

“Terdapat dua pemandu kereta tersepit dan anggota bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Menurut jurucakap itu kesemua mangsa dihantar Hospital Jeli untuk rawatan. – BERNAMA

 

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here