Foto: JBPM

KUALA LUMPUR – Sebuah kereta jenis Lamborghini terbabas ke dalam longkang dan terbakar di KM57.1 Jalan Bentong-Karak arah timur, Bentong, Pahang hari ini mengakibatkan seorang maut.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), seorang mangsa yang tersepit di dalam kenderaan itu disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan telah diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

“Seorang lagi mangsa yang turut mengalami kecederaan telah di hantar ke hospital oleh orang awam,” katanya menerusi hantaran Facebook.

Kejadian dilaporkan kepada JBPM Pahang pada jam 9.32 pagi.

Sementara itu, Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Badrul Hisham Saari berkata, peratusan kebakaran dianggarkan 100 peritus dan melibatkan pemandu tersepit di dalam kereta manakala penumpang kereta telah dikeluarkan dan di bawa ke hospital oleh orang awam.

“Kerja-kerja pemadaman menggunakan dua aliran hos salur bantu mula air tangki pam jentera,” katanya.

Jelasnya, anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong telah bertindak menjalankan kerja-kerja pemadaman menggunakan salur bantu mula, sumber air tangki pam jentera. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here