KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan dua suspek yang memecah rumah dan mencuri sebuah motosikal di Taman Selasih Fasa 2, Batu Caves baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, kejadian tersebut dikesan menerusi rakaman video berdurasi 23 saat yang tular di media sosial baru-baru ini.

“Siasatan awal dilakukan mendapati dua lelaki menaiki motosikal dipercayai Yamaha Y15 dan memakai baju hujan memasuki garaj rumah itu dengan membuka pintu pagar,” katanya menerusi kenyataan.

Sehubungan itu, beliau menyarankan orang awam yang mempunyai maklumat kejadian tersebut supaya menghubungi polis bagi membantu siasatan.

“Hubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222 bagi membantu siasatan,” ujarnya.

Menurut Ariffin, kes tersebut disiasat di Bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan.

Sebagai rekod, tular di media sosial video dua orang lelaki memakai baju hujan masuk ke sebuah rumah kemudian membawa sebuah motosikal daripada kediaman itu. -MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here