Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman disambut oleh penyokong setelah berjaya menamatkan larian sejauh 200 kilometer dari Muar ke Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 1 JULAI 2024.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mendakwa kerajaan telah ‘melencongkan’ peruntukan yang sepatutnya diterima ahli-ahli Parlimen pembangkang.

Beliau mendakwa peruntukan berkenaan dilencongkan dengan menyalurkannya kepada parti politik yang menyokong Kerajaan Perpaduan.

“Kita tidak tahu (bagaimana) perbelanjaan) daripada ICU (Unit Penyelarasan Pelaksanaan) yang sampai kepada mereka ini diaudit macam mana.

“Jadi sebenarnya bila sampai kepada kami, ahli Parlimen yang memenangi Pilihan Raya Umum (PRU). Peruntukan yang masuk dalam akaun kami audit, kami laporkan apa dan berapa yang kami belanjakan,” katanya pada sidang media di luar bangunan Parlimen hari ini.

Selain itu, Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Armada) itu juga mendakwa tiada laporan audit dilakukan oleh penerima peruntukan itu seperti yang dilaksanakan oleh pihaknya selama ini.

“Sebenarnya peruntukan ahli Parlimen pembangkang dilencongkan kepada parti-parti politik (yang menyokong) kerajaan (Perpaduan).

“Macam di Machang, yang dapat sebenarnya adalah ketua kampung UMNO, ketua kampung PKR dan Parti Amanah Negara,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here