Calon Perikatan Nasional, Abidin Ismail bergambar bersama Jentera Perikatan Nasional pada sesi ramah mesra bersama penduduk tempatan di C-mart Bandar Tasek Mutiara, Pulau Pinang, Foto AIZAT ZAINAL, 28 JUN 2024.

NIBONG TEBAL – Calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail akan mengumumkan manifesto bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap esok.

Katanya, pengumuman itu akan dibuat bersama pemimpin parti di Bilik Gerakan Utama PN di sini.

“Kita telah rangka butiran dalam manifesto dan ia akan diumumkan esok kira-kira jam 11 pagi,” katanya ringkas.

Terdahulu, Abidin menyantuni peniaga di sekitar kawasan C-Mart Bandar Tasek Mutiara di sini.

Pada Sabtu lalu, Calon Pakatan Harapan (PH) Dr. Joohari Ariffin melancarkan iltizamnya (manifesto) dengan mengetengahkan pendekatan ‘PADU’ menggunakan misi Sungai Bakap maju, inklusif dan harmoni.

Kerusi DUN Sungai Bakap menyaksikan pertembungan satu lawan satu membabitkan calon Dr. Joohari Ariffin daripada Kerajaan Perpaduan dengan calon PN, Abidin Ismail.

PRK DUN Sungai Bakap diadakan berikutan kematian Nor Zamri pada 24 Mei lepas akibat penyakit keradangan dalam perut.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 6 Julai depan sebagai hari mengundi. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here