Tengku Mahkota Pahang hanya menggunakan nama @this.7.

KUALA LUMPUR – Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah terpedaya dengan kewujudan akaun media sosial palsu yang menggunakan nama serta gambar Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Kesultanan Pahang menerusi Facebook berkata, Tengku Mahkota Pahang hanya mempunyai satu akaun media sosial rasmi iaitu di platform Instagram dengan menggunakan nama @this.7.

Sebarang akaun lain termasuk di Facebook, Instagram, Tik Tok atau Threads yang menggunakan nama dan gambar beliau adalah palsu. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here